Jumaat, 1 Mei 2009

surat dari iblis

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkankemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulaisantapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkatketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Akubenar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kitajalani

Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat padaorang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun ....

halalkah " kasih kekasih "..?????


Assalamualaikum.....
Bertemu lagi dalam blog ana yang serba kekurangan ini..diharap apa yang bakal ana ungkapkan ini tidak mengguris hati mana2 pihak...nauzubillah.....
Kalau dari apa yang kita lihat sekarang ramai pemuda-pemudi islam yang terjebak dalam percintaan yang kononnya dianggap cinta sejati.Tapi sedarlah wahai saudara-saudariku,cinta itu sebenarnya tidak halal dari sudut agama.Bagi sesiapa yang sememangnya telah terjebak dalam percintaan sebegini,bertaubatlah...Bagi yang masih solo,bergembiralah anda kerana Allah telah menetapkan yang terbaik dalam hidup kita..Mungkin Allah menetapkan jodoh kita lambat,tetapi ada hikmah disebaliknya..ingatlah :

"Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik,begitu juga sebaliknya "

Ramai yang ana lihat sekarang,sanggup berhabis wang & masa semata untuk melepaskan rindu kepada buah hati ,tetapi sedarkah kita bahawa "rindu" itu adalah tidak halal & sentiasa dimurkai Allah...Yang sepatutnya dirindui adalah Allah S.W.T....


hakikat cinta


Mata manusia dibutakan oleh :

C. Cinta memang buta.

I. Indah tapi menyiksakan.

N. Nikmat namun sementara saja.

T. Takut kehilangan dia.....pedihnya.

A. Angau sentiasa menghantui ….alahai.

Jadi ayuh berubah, buka mata hati, sematkan :

C: Cinta pada Ilahi Rabbi

I: Indah dan membahagiaakan

N: Nikmat hakiki jelas terasa

T: Tenteram dan tenang selamanya

A: Akhirat persingahan selamanya…semoga ke surgaNya.

Kesimpulan : Hati-hati bermain cinta. Cinta mendekati zina. Cinta hakiki yang utama. Membawa ke Syurga. Persingahan terakhir kita. Di sana kebahagiaan selamanya.

keindahan kaum hawa dimata islam....


Sebelum ana meneruskan catatan ana ini...suka ana untuk menyebut keindahan dalam diri seseorang muslimah yang kemungkinan antunna semua x tahu dan tak pernah terlintas difikiran antunna sendiri...Renungkanlah keindahan antunna semua dari pandangan islam dan janganlah dicemari dengan maksiat yang boleh mencemarkan identiti muslimah kita..insyAllah..terutama dengan cinta yang belum pasti menjadi hak kita semua...iaitu cinta tehadap manusia yang boleh membawa kepada maksiat yang dikutuk Allah dan sekaligus mencemarkan identiti muslimah kita....MasyaAllah...


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam
rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan
ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak
bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas
sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana....



salam ukhwah....


Salam ukhwah kepada pembaca blog ana..Ana bukanlah seorang Muslimah yang sempurna....tetapi ana disini mahu berkongsi dengan antum & antunna semua tentang keindahan cinta yang akan kita kecapi iaitu cinta terhadap manusia....iaitu kaum Adam utk kaum hawa & dan kaum hawa untuk kaum Adam.....tapi ana nak bawa antum & antunna sume b'fikir....sudah cukup lengkapkah cinta kita kepada Allah sebelum kita mencintai manusia..??

Ana tidak mahu berbicara panjang tentang aqidah kita dengan Allah kerana ana juga bukanlah seseorang yang alim dalam pengetahuan agam dan sebagainya...Tapi ana ingin berkongsi dengan kalian semua tentang cinta kepada manusia ..Persoalannya,adakah cinta kita terhadap manusia itu menepati syarat yang ditetapkan agama...Bagi yang sedang bercinta atau sedang mencari cinta,diharap blog ini dapat membantu kalian semua dalam mencari cinta yang diredhai Allah dimana maksudnya,cinta kita terhadap manusia tersebut menepati dengan apa yang disyaratkan oleh Allah dan semoga cinta kita sentiasa dilandasan yang benar....
Dan ingatlah....cinta yang haqiqi adalah hanya untuk Rabb.....Allah.....